Monday, April 27, 2009

Kursus Penternakan Cacing - 25 April 2009



Sekalung tahniah kepada 25 orang peserta Kursus Penternakan Cacing Secara Komersil. Pada sesi ini juga pihak The Bos Services S/B mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada penceramah yang amat berpengalaman luas dalam penternakan cacing iaitu En. Mohamad Saat Sukami (Penulis buku EMAS HITAM Resepi Menternak Cacing Tanah Untuk Buat Duit).
Dalam kesempatan ini juga, En. Mohamad Saat sempat mempromosikan buku terbaru beli iaitu Buat Duit Dengan Cacing.

Majoriti peserta kursus kali ini datangnya dari Kota Marudu. Terima kasih orang Kota Marudu atas inisiatif anda merebut peluang dalam penternakan cacing.




Pada 27 April 2009 pula, satu lagi Kursus Ternakan Cacing Tanah secara komersil telah dijalankan. Cuma pada kali ini hanya untuk peserta dari Jabatan Perikanan Negeri Sabah dan ahli Persatuan Penternak Ikan Air Tawar Sabah.
Persatuan Penternak Ikan Air Tawar Sabah yang diketuai oleh YBhg En. John Maluda dan YBhg. En. Philip Lasimbang (Setiausaha Politik kepada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia, Tan Sri Bernard G. Dompok)
Pada sesi ini, peserta diperkenalkan tentang teori penternakan cacing tanah dan praktikal di pusat ternakan cacing kami di Kg. Ramayah, Penampang

No comments:

Post a Comment